06 December 2010

Tentang Dia bukan BULAN....


Terdapat banyak buku atau artikel yang menghuraikan tentang keperibadian seseorang melalui tarikh lahirnyalah.. melalui huruf pertama namalah.. melalui huruf terakhir namalah… melalui lebar telinga.. lebar mulutlah.. dan melalui macam-macamlah sifat zahir atau fakta kelahiran yang ada pada sesorang yang dapat menyimpulkan tentang keperibadian atau perilaku seseorang……..

Hmm…. aku memang tak nafikan tentang kajian atau fakta-fakta ini…. mungkin peredaran bulan mengelilingi bumi dan susunan bintang-bintang di langit dapat dijadikan panduan menilai seseorang… Tuhan ada berfirman dalam Al-Quran yang menyatakan… “..tidak Aku jadikan kejadian bulan dan bintang itu sia-sia…”…….pada masa dahulu sebelum ada GPS.. GPRS… MMS.. dan macam-macam lagi SSSS….. bintang dijadikan panduan menentukan arah bagi pelayar pelayar dahulu….. orang-orang dulu juga menjadikan susunan bintang sebagai horoskop untuk mengklasifikasikan sifat manusia dan bulan kelahiran… err… aku VIRGO bukan VIRAGO tauuu...hehehe

Hmmm… aku lebih suka menilai seseorang melalui mata aku… aku menggunakan mata aku untuk menjadi sensor penilaian kepada seseorang.. dengan mata aku melihat perlakuannya dan dengan minda aku menganalisis keperibadiannya… semuanya aku simpan dalam hati…..

…sebenarnya kajian tentang perlakuan manusia ini banyak telah dijalankan.. malah ada satu kursus di universiti yang menawarkan kursus kajian sains perlakuan manusia… di Malaysia sendiri... sains perlakuan manuia ini diajar meluas melalui kursus psikologi manusia… pihak polis juga ada menggunakan teknik-teknik ini untuk soal siasat kepada penjenayah.. salah satu contohnya… ketika menyoal penjenayah… pihak polis akan memerhatikan mata suspek…mengikut kajian… seseorang yang akan berbohong, matanya akan cenderung memandang ke kiri….hmm… kepada semua penjenayah.. ketika disoal polis.. pejamkan aje mata anda ea.. hahahaha

….secara lumrahnya juga.. setiap dari kita mempunyai sifat semulajadi yang seringkali kita ungkapkan sebagai tabiat… sebagai contohnya ada orang yang suka berjalan sambil mengheret kasut.. sampai habis tapak kasut nipis… jangan marah ea sesapa pun eh… tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati… tetapi biar apa pun tabiat kita.. jika ia yang elok.. kita teruskan.. jika yang kurang elok kita kurangkan… tapi kalau tabiat dok mengata orang.. mencuri ke… baik dibuangkan aje… buangkan tabiat itu... hmm.. tabiat aku pulak.. biarlah rahsia..hahaha

…sebagai manusia biasa.. kita hanyalah insan yang lemah dan mustahil untuk mengelak dari melakukan kesilapan… kesilapan kadangkala hadir tanpa dijemput.. kehadiran kesilapan dalam hidup kita.. hanyalah pelengkap kepada perjalanan kita mengejar kesempurnaan… janganlah kita asyik mejemput kesilapan dengan kelalaian dan kealpaan kita dalam perjalanan kehidupan ini…. dalam setiap apa jua yang kita lakukan… lakukanlah untuk mencapai kesempurnaan itu…dalam apa jua termasuk persahabatan, percintaan atau perkahwinan…..
Hmmm…. bila disebut tentang perkahwinan ini… terdetik hati tertanya sendiri… perkahwinan atau hubungan macam mana yang perlu dibina… hubungan antara seorang lelaki dan wanita…. sebagai seorang lelaki… mustahil aku untuk merasai perasaan seorang wanita… tetapi aku boleh menjadi seorang lelaki yang memahami seorang wanita.. tidak perlu menjadi wanita nak faham wanita.. wanita juga tak perlu menjadi lelaki untuk memahami lelaki…. kepada perempuan-perempuan di luar sana.. apa yang lelaki lelaki diluar sana juga termasuk aku juga sebagai lelaki ini inginkan dari wanita selain wanita itu sendiri.. hehehe..

1. Hormati Lelaki
Hormatilah lelaki untuk lelaki menghormati anda.. hormati lelaki sebagai lelaki.. bukan mengharapkan lelaki menjadi apa yang anda inginkan.. hormati sifat yang ada padanya.. selagi sifat itu tidak melanggar hukum agama dan syarak. Percayalah andai anda cuba mengubah lelaki itu menjadi apa yang anda inginkan, dia mungkin akan menjadi orang lain. Untuk mengubah lelaki menjadi yang terbaik, ubahlah diri anda dulu menjadi yang terbaik, nescaya kebaikan dari anda itu akan menjadi cermin yang paling indah kepada seorang lelaki untuk menjadi yang terbaik untuk mencintai seorang yang terbaik seperti anda. Jika anda hormati seorang lelaki, dia juga akan lebih menghormati anda.

2. Dipercayai Lelaki
Sebagai seorang wanita, anda hendaklah dulu mempercayai lelaki dan seorang lelaki itu akan mempercayai wanita yang mempercayainya.. untuk lelaki menpercayai wanita.. wanita itu perlu bina dulu kepercayaan kepada lelaki.. wanita itu perlulah mengelak perkara yang membuatkan lelaki hilang percaya seperti curang dengan lelaki lain, cerita masalah hubungan dengan kekasih kepada lelaki lain dan apa jua yang melibatkan orang ketiga dalam hubungan.. sekali lelaki hilang kepercayaan kepada anda.. sukar untuk dia melupakannnya… dia mungkin juga tak akan memaafkannya di seluruh hidupnya….

3. Sifat Negatif Wanita
Agak ramai wanita hari ini yang suka mencabar dan bersifat kurang ajar terhadap lelaki terutama kekasih atau suami mereka sendiri. Malah ada juga yang terlalu mendesak, merendah-rendahkan lelaki. Ramai juga yang suka membandingkan lelaki dengan lelaki lain.. lelaki paling pantang andai dibanding dengan lelaki lain.. setiap lelaki adalah berbeza.. jika anda mencintai seorang lelaki.. cintailah dia sepenuh hati.. selagi dia tulus mencintai anda.. selagi dia tidak pernah mencederakan anda.. selagi dia tetap mengungkapkan rasa cinta dan selagi dia terlalu ingin mengahwini anda…. anggaplah hanya dia lelaki yang ada dalam dunia ini… datanglah beribu lelaki yang paling segak dalam dunia pun.. anda tak mungkin menjeling atau memandang sedikit pun.. kerana hanya dia yang ada di mata dan hati anda…bersama lelaki lain belum tentu anda dihadiahkan kebahagiaan… kesetiaan akan dibalas kesetiaan jua.. yakinlah

sesungguhnya.. diciptakan seorang wanita oleh Allah untuk melengkapkan kejadian seorang lelaki....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...