Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

03 January 2011

Gambar Siti Nurhaliza Zaman Anak Dara

Tak silap gambar ni tahun 2002, masa tu aku sekolah menengah lagi. Ni gambar masa Hari Raya Aidilfitri kat Kuala Lipis, tapi masa ni cousin aku yang kasi gambar ni kat aku sebab aku tak ikut dia beraya rumah Siti Nurhaliza.

Masa ni Siti Nurhaliza memang tengah top meletop-letop gitu. Dah la cantik, single pulak tu. Memang jadi anak dara paling meletop di Kuala Lipis la. Hehe. Tiap-tiap tahun Hari Raya Aidilfitri pagi-pagi lagi dah peminat berkumpul depan rumah dia nak beraya. Bukan nak makan sangat pun, nak jumpa Siti je. Paling gempak bila peminat dari Sabah Sarawak pun sanggup bertandang dari jauh!

Gambar-gambar ni jadi kesayangan mak aku sebab mak minat sangat Siti Nurhaliza semenjak mula-mula Siti menang Bintang RTM dulu lagi.

Nak simpan dalam blog gambar lama ni share dengan korang. Peace ^^

Sumber: sweet-ants



 

01 January 2011

Gambar sensasi terbaru Rahma Azhari



RAHMA AZHARI (tengah) bergambar dengan jurulatih Filipina, Simon McMenemy (kanan) di sebuah disko di Jakarta baru-baru ini.

JAKARTA - Pelakon sinetron Indonesia, Rahma Azhari, 29, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambar yang menunjukkan wajah miripnya bersama seorang lelaki dalam sebuah kolam mandi tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu menunjukkan seorang wanita mirip Rahma mencium seorang lelaki.

Sebelum ini, Rahma mencetuskan kontroversi apabila bergambar dalam keadaan intim dengan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Filipina, Simon McMenemy.

Isu terbaru itu kini heboh diperbincangkan di jaringan kumpulan Blackberry Messengar (BBM) dalam kalangan peminatnya di negara itu.

Sehingga kini, tiada sebarang pengakuan yang dibuat oleh pelakon filem Pocong Kamar Sebelah itu berhubung isu terbaru tersebut.

Adik kepada pelakon terkenal Ayu Azhari itu juga tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit. - Agensi

Gambar Fasha Sandha @ Halloween Party 2010

Ohhhh....Fasha senduk.....macam2 hal lar ko nih.....aper pun layan jer lar...


















Selebriti siar gambar parti separuh bogel


LONDON - Bintang siri realiti popular di Britain, Sam Faiers menyambut hari lahirnya yang ke-20 baru-baru ini dengan mengadakan parti separuh bogel dan menyiarkan gambar-gambarnya di Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Faiers merupakan bintang siri realiti The Only Way Is Essex menyorot kehidupan lima orang dewasa di daerah Essex, timur England.

"Parti cat gelap akan dimulakan!! gadis-gadis bogel di mana-mana! sambutan hari jadi saya akan bertukar menjadi parti yang meriah," katanya di akaun Twitter miliknya .

Faiers kemudian menyiarkan gambarnya berada di tengah-tengah sekumpulan gadis yang cuma memakai seluar dalam bagi menutup bahagian sulit mereka.

Acara liar itu dikenali sebagai Parti Cat Gelap kerana mereka akan menyemburkan cat gelap pada tubuh rakan-rakan lain supaya kulit mereka berwarna coklat seperti selepas berjemur.

Sebelum muncul dalam siri realiti itu, Faiers merupakan model popular untuk sebuah majalah lucah. - Agensi

AL- Fatihah buat Faizal Yusop

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.



Saper2 yang x kenal Faizal Yusop nih alaaaa......allahyarham adalah bekas suami Nordiana yg selalu nyanyi dgn arwah Achik Spin....muda lagik dia nih....isk isk isk.....Al-Fatihah jer lar.....


31 December 2010

Karam Singh Walia mabok? kutuk melayu? kena ugut?

Seperti biasa bila aku melayari forum pujaan aku di Carigold.com....aku nampak satu thread yang betul2 terkezut...x tau ker lawak ker aper...tapi lepas tgk2 video tuh...fuyoooo....mmg betul lar si Karam nih wat hal....tp sbb apa aku x tau lar...korang tgk video kat bawah nih dan nilaikan sendiri.....aku no comment jerk sbb aku xdak kat tmpt kejadian....peace no war!!!





Rosyam bersama dua anak gadisnya.


PETALING JAYA: Pelakon Rosyam Nor, 43, sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum walaupun sebaliknya pelakon itu dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu.

Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut.

"Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk membawa mereka tapi pada saat-saat akhir mereka pujuk saya sebab teringin nak rasa kehangatan ASK2010 bersama saya. Selain itu mereka merupakan peminat Anuar Zain.

"Lagipun bila anak-anak dah besar, mereka pandai pujuk ayah mereka sampai saya pun kesian. Selalunya bila saya bawa keluarga, mereka akan duduk di bahagian penonton, bukan bersama saya.

"Bagaimanapun, saya masih dengan pendirian untuk tidak mahu menonjolkan keluarga saya kepada umum," katanya.

Tambah Rosyam, sehingga kini dia masih tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memberi didikan yang terbaik.

Pada majlis ASK2010, kemunculan Rosyam bersama dua gadis jelita mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir.

Malah, kedua-dua anak gadis itu turut menjadi perhatian pelakon-pelakon lelaki di majlis tersebut.

Sementara itu, Rosyam baru sahaja habis menerbitkan drama bersiri Trilogi Cinta yang akan ditayangkan di RTM1, bermula pada 2 Januari 2011.

Drama yang turut membabitkannya sebagai pelakon utama, turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Raisuddin Hamzah, Siti Fazurina, Aida Khalida, Amyza Aznan serta tiga artis Pilih Kasih, Ray Redzuan, Reza Hasbi dan Zulin Aziz.

Trilogi Cinta merupakan drama bersiri pertama terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Ia juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada tiga novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis Impian dan Tiada lagi Mimpi iaitu terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.

Kenali Finalis Raja Lawak Musim ke 5




























Dalam banyak2 group Raja Lawak kali nih aku vote kumpulan KAMI...sbb jeng...jeng....jeng...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Sebab ader awek cun ooooooOOOooo...................



30 December 2010



KUALA LUMPUR: Produser dan dramatis 90-an, A. Aida memfailkan permohonan bagi menuntut tunggakan nafkah dua orang anak bernilai RM85,000 daripada bekas suaminya, Ameng yang merupakan vokalis kumpulan Spring.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaida Awang, 40, mendakwa Ameng gagal menjelaskan nafkah anak selama 85 bulan, iaitu sejak mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 17 Disember 2003.

Pasangan tersebut berkahwin pada 1994 di Terengganu.

Semasa bercerai, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, bersetuju untuk membayar RM1,000 sebulan sebagai nafkah anak, Wan Az Aleesa, 14, dan Wan Azevanatassha, 9, yang perlu dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan.

Produser drama Halimah Jongang itu memfailkan permohonan tersebut pada 21 Disember lalu menerusi peguam-peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif dan Normawaddah Ramli.

Kes disebut untuk kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan bertanyakan mengapa permohonan itu lewat difailkan, iaitu telah melebihi tempoh enam tahun.

“Plaintif (Aida) cuba untuk memberi peluang kepada defendan (Ameng). Bagaimanapun, nafkah tidak pernah dimasukkan ke dalam akaunnya,” kata Nor Azmi.

Abdul Walid kemudiannya bertanyakan kerja defendan (yang tidak dinyatakan pada dokumen) dan Nor Azmi memaklumkan Ameng adalah seorang artis.

Selepas meneliti dokumen yang berkaitan, Abdul Walid membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Ameng mengenai kegagalannya membayar nafkah.

Prosiding kes tersebut akan berjalan di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan tarikhnya akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Aida yang mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman hadir berseorangan di mahkamah.

“Saya dah banyak kali minta (nafkah anak) daripada Ameng, tapi dia suruh saya minta dengan lelaki lain,” katanya kepada media di luar mahkamah.

Pada 1 November lalu, Ameng dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 serta diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memasukkan ganja ke dalam badannya.

Dia semasa membela diri atas tuduhan itu mendakwa pertuduhan tersebut adalah konspirasi antara Aida dan Suffian untuk memalukan dirinya.

Ameng telah berkahwin lain pada 2004 dengan Sabariah Zakaria, 40, dan dikurniakan seorang anak, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Awek Striker Skuad AFF Indonesia - Irfan Bachdim

Nama lengkap :Irfan Haarys Bachdim

2008-2009 : FC Utrecht
2009 : HFC Haarlem
2010 : Persema Malang




Jennifer Kurniawan

Usia: 23
Tinggi/Berat: 165 cm/47 kilogram
Rambut: Panjang berwarna coklat
Warna mata: Coklat
Ukuran Bra: 34B
Ukuran Baju: 34/36
Ukuran Sepatu: 37






29 December 2010

10 Fakta Menarik Tentang Lady Gaga


LADY Gaga (gambar) terkenal sebagai penyanyi yang mampu mencipta populariti menerusi lagu-lagunya. Selain itu kostumnya ketika di pentas juga menjadi perhatian.

Menurut Mademan, terdapat 10 fakta menarik tentang penyanyi Alejandro itu yang mungkin belum diketahui ramai:

1. Lady Gaga belajar cara bermain piano secara sendiri hanya dengan mendengar alunan muziknya ketika berusia empat tahun. Dia adalah seorang pemain piano klasik terlatih.

2. Gaga pernah menimba ilmu di Tisch School of Arts di New York University. Dia salah seorang daripada dua puluh orang yang mendapatkan pengiktirafan awal dari sekolah tersebut.

3. Joanne Stefani Angelina Germanotta merupakan nama sebenar Gaga. Dia mendapat nama 'Lady Gaga' daripada pengurusnya, yang diambil dari lagu Queen berjudul Radio Ga Ga.

4. Lady Gaga pernah muncul dalam program realiti MTV Boiling Point pada 2005 sebagai Stefani. Dia tampil dengan pakaian normal dan berambut perang. Namun Gaga gagal memenangi hadiah RM309 (AS$100) kerana tidak sanggup menahan amarahnya.

5. Gaga juga muncul di The Hills episod 2008. Sebelum pertunjukan, pakaiannya rosak namun sempat dibaiki oleh Whitney Port dan Lauren Conrad.

6. Pada 2006, Lady Gaga menjayakan sebuah konsert di kelab New York City dengan Stefani Germanotta Band, atau SGBand. Dalam konsert tersebut, Gaga hanya mengenakan kemeja biasa dan seluar, berbanding dengan penampilannya sekarang.

7. Gaga pernah belajar satu sekolah dengan Nicky dan Paris Hilton di sekolah swasta di Manhattan, Amerika Syarikat.

8. Pada awal kariernya, Gaga bernaung di bawah syarikat rakaman sebagai komposer untuk artis lain seperti Britney Spears, Pussycat Dolls, Fergie dan New Kids On The Block. Sekarang, dia lebih banyak menulis dan menghasilkan banyak lagu sendiri.

9. Gaga pernah mewarnakan rambutnya yang hitam menjadi perang kerana ramai orang yang tidak dapat membezakan dirinya dengan Amy Winehouse. Dia juga sering tampil mengenakan rambut palsu dengan berbagai warna.

10. Menurut sebuah wawancara dengan Rolling Stone, Gaga selalu berpakaian tak cukup kain dan sedikit aneh agar neneknya yang hampir buta boleh melihatnya di televisyen. Katanya: "Saya tetap dengan pendirian untuk tidak memakai seluar sehingga nenek saya boleh melihat saya di televisyen."

Jupe mahu pakai baju seksi kacau pemain Malaysia



JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.

Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.
Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.

Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.

“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.

25 December 2010

Dewi Remaja 2010 dgn bekas kekasih mat salleh

Credit to beautifulnara.com













Lady Gaga menyanyi tanpa COLI !!!

Penyanyi yang terkenal dengan imej dan fesyen pelik Lady Gaga terus mengejutkan dunia hiburan apabila tampil tanpa memakai coli ketika membuat persembahan di 02 Arena, London, baru-baru ini.

Gaga yang muncul di pentas dengan pakaian yang telus-pandangan telah mengejutkan penonton apabila dilihat tidak memakai coli di sebalik pakaian tersebut.

Tanpa memakai seluar dalam, penyanyi itu dilaporkan menutup bahagian alat sulitnya cuma menggunakan dua lapis pita pelekat saja.

Walaupun berjaya menghiburkan para peminat menerusi lagu-lagu ‘berhantu’nya, penampilan Gaga yang berani dan melampau itu lebih mencuri tumpuan media.

Terdahulu, fesyen baju daging yang digayakannya pada acara Anugerah MTV telah dinobatkan sebagai fesyen paling menonjol untuk tahun 2010 oleh Time Magazine.










p/s Dah gila pompuan nih...pelik2 fesyen dia.....

20 December 2010

Siapa Hana Tajima?

Hana Tajima??? Nama mcm org Jepun pun ade....merupakan kawan kepada Yuna dan merupakan seorang fashion designer.





Layan lagi gambaq Hana Tajima




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...