12 December 2010

Picasa Web Album : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Upload gambar adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan ketika berblogging tidak kira menggunakan platform free ataupun selfhosted. Bagi yang mempunyai akaun blogger.com, rasanya tidak perlu resah dengan perkara ini. Kerana sememangnya ianya sudah tersedia.

Untuk pengetahuan, sebenarnya apabila anda mempunyai akaun google(gmail), secara automatik anda juga akan mempunyai akaun untuk web album, iaitu picasa. Biasa dengar picasa ini kan.. Kalau hendak pastikan lagi, login akaun picasa ini menggunakan gmail anda http://picasaweb.google.com/




Jadi walaupun jika anda tiada akaun blogspot, anda masih boleh lagi upload gambar di tempat terbaik yang ada sekarang ini asalkan anda mempunyai akaun google.

Juga adalah penting untuk diketahui oleh blogger yang menggunakan platform blogger.com, kesemua gambar yang anda upload untuk blog anda sebenarnya tersimpan di web album picasa ini. Bermula dari gambar pertama sehingga terkini untuk blog anda, semua tersimpan rapi di picasa web album. samada anda sedar atau tidak sahaja




Kelebihan upload gambar pada picasa

  1. Maksimum saiz gambar yang diupload adalah 20MB (tersangat besar kerana saiz gambar biasa rasanya dalam 1MB sahaja sudah cukup)
  2. Maksimum pixel sehingga 50 megapixels
  3. Bandwidth yang tidak akan habis..( bagi blogger free tak penting sangat, tetapi bagi yang menggunakan hosting sendiri bandwidth amatlah penting)
  4. Untuk satu akaun google, storage yang dibenarkan adalah 1GB.
  5. Picasa adalah produk google, uptime google adalah yang terbaik



Berbanding dengan web untuk hosting gambar seperti imageshack, photobucket, tiny pic dan lain-lain, picasa jauh meninggalkan mereka semua.
Dan gambar-gambar yang diupload di blog OhBest juga menggunakan web album ni.

Kesimpulan:

Buat masa sekarang, bagi aku picasa adalah tempat terbaik untuk upload gambar, tidak kira samada blogger free(yang tak perlu risau pasal ni), ataupun blogger yang menggunakan self hosting, tetapi tidak dapat tanggung disebabkan trafik yang tinggi, atau juga jika ingin upload gambar dengan resolusi yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...