18 December 2010

Anda Ada 60 Saat : Program Permainan RM500 Ribu, Nabil Sebagai Hos

Screen shot 2010 12 15 at 3.48.38 PM Anda Ada 60 Saat : Program Permainan RM500 Ribu, Nabil Sebagai Hos
Sebuah lagi program berbentuk permainan terbitan Astro Warna (saluran 132) menawarkan wang tunai sehingga RM500,000 kepada peserta-peserta yang berjaya menamatkan cabaran yang disediakan dalam masa 60 saat. Program berjudul Anda Ada 60 Saat akan dihos oleh pengacara & pelawak terkenal tanah air, Nabil.
Konsep permainan amat mudah, setiap peserta perlu bermain secara individu dan mempunyai tiga kali peluang untuk menamatkan cabaran dalam masa 60 saat. Semakin sukar cabaran yang harus mereka hadapi, maka semakin tinggilah jumlah wang yang bakal mereka menangi.
Uniknya, permainan ini menuntut ketangkasan dan tangan yang cekap dengan menggunakan barangan seharian untuk melengkapkan cabaran dalam masa 60 saat. Jika terlebih daripada masa yang ditetapkan, peserta akan disingkirkan. Setiap pusingan, peserta akan diberikan 10 cabaran dan mesti memberikan 10 jawapan. Pada peringkat tertentu, peserta berpotensi membawa pulang sejumlah wang yang telah dimenangi, namun untuk membawa pulang hadiah utama RM500,000, peserta perlu kreatif merangka strategi.
Screen shot 2010 12 15 at 3.49.23 PM Anda Ada 60 Saat : Program Permainan RM500 Ribu, Nabil Sebagai Hos
Antara cabaran yang diberikan kepada peserta pada setiap minggu seperti Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Lawan Graviti, Hantu Bungkus Pening, Muka Dan Biskut, Gantung Paku, Pantas Tangan, Menara Epal, dan Susun-Susun.
Anda Ada 60 Saat, dirangka untuk membawa Astro Warna sebagai sebuah Saluran Komedi Tempatan Pertama di Malaysia. Pihak Astro amat komited untuk membawa program-program hiburan dalam pelbagai format khusus buat tontonan seisi keluarga agar mereka dapat mencapai kepuasan menonton yang maksimum setiap kali menekan butang untuk menonton Astro.
Antara program-program hiburan yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Redah Kasi Pecah, Mandi, Kalau Berani 1 vs 0 dan Terkono. Begitu juga saluran Astro yang lain, seperti Astro Ria yang berjaya membawa program Jangan Lupa Lirik sehingga memenangi Best GameShow di Asian Television Awards, baru-baru ini.
Pemilihan Nabil sebagai hos dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karekternya yang bersahaja dan menarik serta mempunyai ramai peminat daripada pelbagai peringkat umur. Pihak Astro yakin Nabil mampu mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri sekaligus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen.
Screen shot 2010 12 15 at 3.50.14 PM Anda Ada 60 Saat : Program Permainan RM500 Ribu, Nabil Sebagai Hos
Buat masa ini, program jelajah promosi Anda Ada 60 Saat sedang dijalankan oleh rover team di lokasi-lokasi berikut :
Screen shot 2010 12 15 at 3.47.22 PM Anda Ada 60 Saat : Program Permainan RM500 Ribu, Nabil Sebagai Hos
Anda berpeluang memenangi model baru Nokia C6, T-shirts, pemain mp3 dengan mengunjungi lokasi-lokasi di atas, dan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Anda Ada 60 Saat, akan keudara pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 25 Disember 2010 menerusi saluran Astro Warna (132).
Untuk melihat cara permainan cabaran-cabaran ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Anda Ada 60 saat di www.astro.com.my/andaada60saat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...