11 December 2010

Website paling hodoh di dunia

Huhuhu....panazzzzz.....bkn panas sbb air-cond xdak...panas sbb website mmg hampeh.....aku x tau lar sapa punyer.....tp tadik aku lepak kat forum biasa aku Carigold.com.....aku ader jumpa satu thread psl website paling hodoh. Sapa kata website nih cun mmg buta gambar lar....hahaha

nih link web tuh


http://yvettesbridalformal.com/index.htm

10 December 2010

Ariel pernah simpan foto seksi dalam dompet

Setiap hari ada sahaja cerita yang belum berkesudahan pasal penyanyi kacak dan sensasi Peterpan, Ariel.
Sehingga sekarang nampaknya Ariel belum lagi didakwa walaupun pihak polis meletakkan namanya sebagai orang disyaki utama dalam kes penyebaran video porno membabitkan lelaki persis dirinya bersama dua wanita mirip Luna Maya dan Cut Tari.

Bila ada kes macam ini Che Li teringat pernah berjumpa dengan Ariel ketika kali pertama Peterpan mengadakan promosi di Malaysia pada tahun 2005. Che Li pada masa itu bertugas di majalah URTV.

Pada masa itu kecoh pasal Ariel yang dikatakan telah menghamili peminat. Ariel biasa saja memberi respons terhadap gosip tersebut.
"Kami hanya diam saja apabila ada cerita tidak benar pasal kami. Kalau ada yang perlu dijelaskan... kami jelaskan dan hasilnya peminat masih percayakan kami.
Ada barang peribadi yang tidak boleh dikongsi... kata Ariel.
"Saat ini selepas banyak cerita negatif pasal kami, saya nampak peminat masih menerima kami seperti sebelum timbulnya cerita itu," kata Ariel. Adakah isu video porno yang sedang dilalui oleh Ariel masih tidak mematikan cinta peminat terhadapnya? Jawapannya kena tunggu dan lihat selepas isu ini diselesaikan. Ariel masih belum dibuktikan bersalah walaupun banyak orang mengatakan lelaki dalam video seks itu adalah dirinya.

Pernah simpan gambar ghairah
Dalam pertemuan itu Che Li ada meminta kesemua anggota peterpan mendedahkan apa yang ada di dalam dompet mereka. Dompet Ariel juga tidak ketinggalan Che Li selongkar.
Sebelum membenarkan Che Li selongkar dompet, Ariel terlebih dahulu mengeluarkan sekeping gambar. Che Li tak nampak gambar apakah yang disorok oleh Ariel. Che Li membuat tanggapan baik, mungkin gambar isterinya sebab pada masa itu Ariel sudah bernikah.
Che Li tanya, adakah gambar itu terlalu peribadi sebab ia gambar yang seksi? Ariel dengan selamba mengiyakannya.
"Gambar ini koleksi peribadi yang tidak boleh ditunjukkan. Ada barang peribadi yang tidak boleh dikongsi kerana ia bermakna untuk saya sahaja," kata Ariel pasal sekeping gambar misteri itu.
Gambar siapakah yang ada dalam dompetnya ketika itu hanya Ariel yang tahu. Apabila ada kes penyebaran koleksi peribadi Ariel yang diceroboh dan diedarkan di Internet, Che Li mula terbayang.... agaknya Ariel suka menyimpan sesuatu yang terlalu peribadi.

SUMBER 

Fasha-Jejai makin kuat

Cerita hubungan cinta Fasha Sandha dan Jejai (Rizal Ashram Ramli) dapat perhatian dengan cara yang pelbagai. Yang menyokong tetap sokong apa sahaja yang Fasha lakukan dan takkurang juga yang melihat pengakuan Fasha dalam konteks yang lain. Pojok gosip akhbar juga ada yang mengusik Fasha apabila membuat kenyataan pasal hubungannya. Apatah lagi hanya Fasha yang membuat pengakuan, bukannya keluar daripada mulut lelaki yang disebutkannya itu.
Lebih membuat orang rasa tak sedap ialah apabila Fasha mengakui tidak pernah berjumpa keluarga Rizal dan tidak kisah apa pandangan keluarga Jejai kerana mereka hanya bercinta dan belum fikir pasal berkahwin lagi.
Menyedari macam-macam hal yang timbul selepas membuat pengakuan, Fasha turut berbincang hubungan dengan buah hatinya malam tadi. Fasha memberitahu semua pengikutnya dalam laman Twitter pasal perbincangannya dengan lelaki yang disebut sebagai my love.
Fasha mengatakan pelbagai cerita negatif yang muncul ekoran pendedahannya membuatkan hubungan mereka semakin hari semakin kuat.
"Salam. Its a lovely Monday. I was with my love last nite. We had  a gd (good) discussion about our relationship, about bad articles. He  said that the obstacles make our love stronger everyday."
Itulah luahan terbaru Fasha dalam laman Twitter miliknya. Fasha juga ada meluahkan rasa tak senang dengan pojok Kak Pora dalam akhbar Berita Minggu semalam yang bercakap pasal pengakuan cintanya.
"Ya, why... just show your face n (and)  put your name on it Kak Pora.  Tq (thank you) very much di atas hinaan yg (yang) melampau ini. Pengakuan I ikhlas dan jujur. This  what I get from them," tulis Fasha.
Satu lagi posting Fasha pasal pojok Kak Pora berbunyi: "I sedih baca B. Harian today. Tulisan Kak Pora. Kenapa? Bila I  mengaku, org (orang) hina I macam-macam. Bila I tak mengaku tentang hubungan I, org (orang) kata I hipokrit."

SUMBER

Siapa sebelah Shila tu?

Siapa agaknya gerangan lelaki kacak di sebelah Shila tu? Kerap jugak dia temani Shila ke mana-mana majlis. Tapi bukan bersendirianlah, sebab Shila selalu ditemani ibu.
Adakah ini buah hati Shila yang direstui oleh orang tuanya? Bila ditanya Shila kata mereka hanya kawan dan lelaki itu ialah anak angkat ibunya.
Oh! Macam itu... tapi tak salahkan kalau anak angkat ibu menjadi kekasih. Lebih senang sebab keluarga sudah mengenalinya dari awal.
Jejaka itu sebenarnya tak fasih sangat bercakap bahasa Malaysia sebab  dia dibesasrkan di kota London oleh orang tua yang bermastautin di sana.
Oh macam tu ke? Kiranya kepulangan ke Kuala Lumpur semasa orang sedang berpuasa membolehkan dia bergaul dengan orang Melayu dan mengasah pertuturan bahasa Melayunya.

Dah rezeki Miera Leyana...

Pengarah yang sorang ni tersangatlah kontroversinya. Siapa? Shuhaimi Lua lah, si pengarah Chukang tu. Satu-satu masalah datang menimpanya. Terbaru berdepan dengan artis wanita yang tak ada disiplin dan menyusahkan orang.
Dah elok-elok janji sedia berlakon dalam sebuah drama bersiri, tiba-tiba menghubunginya (melalui abang sebagai wakil) sehari sebelum penggambaran di luar Kuala Lumpur bermula. Katanya tak dapat menerima tawaran tersebut. Boleh macam itu? Siapa pelakon tu? Bekas finalis Pilih Kasih musim pertama rupa-rupanya.
Shuhaimi Lua Abdullah
Macam ini ceritanya. Shuhaimi yang dilantik sebagai pengurus produksi terpaksa mencari seorang pelakon wanita bagi menggantikan tempat Sazzy Falak yang tidak dapat turut serta kerana ada hal tertentu. Setelah ditanya dengan rakan-rakan media yang rapat dengannya, nama pelakon baru itu yang naik. Pada mulanya dia dah bersetuju. Tapi dek kerana produksi sudah mahu memulakan penggambaran untuk watak lain, maka tak sempat untuk bertemunya untuk menandatangani kontrak dan memberikan bayaran pertama.
"Adakah patut... abang dia mengatakan mereka tak mahu bekerja dengan saya kerana cara saya menguruskan tawaran itu tidak profesional. Saya dah uruskan banyak pelakon popular sebelum ini tapi tak ada masalah pun.

"Memang kami tak sempat nak menyediakan kontrak sebab sedang sibuk menguruskan penggambaran. Saya dah suruh dia ke pejabat untuk menandatangani kontrak dan menerima bayaran pertama di pejabat. Tapi tiba-tiba saja dia tarik diri. Tak apalah saya tak rugi pun. Apatah lagi saya dapat pengganti yang lebih glamor dan berbakat daripada dia, iaitu Miera Leyana. "Miera hanya dihubungi melalui telefon setelah saya mandapatkan nombor telefonnya daripada seorang wartawan majalah hiburan dan kebetulan dia tengah free. Dia terus datang ke lokasi untuk penggambaran satu babak sahaja. Selepas ini babak melibatkannya akan dijalankan di tempat lain.
"Di lokasi itulah Miera tandatangani kontrak dan menerima bayaran pertamanya. Sekarang siapa yang rugi? Saya puji cara Miera yang tidak banyak songeh itu walaupun namanya semakin popular," puji Shuhaimi.

SUMBER

Ahmad dhani dan gambar bugil artis indo....

“Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik.
“Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi,” kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya.

Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan.

Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini.

“Gambar ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu.

“Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap,” kata Habib. - Agensi

BUKTI...gambar porno Dewi Persik dan Julia Perez yang dimuat turunkan daripada akaun Twitter Ahmad Dhani.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Ah...lartis/Article

Pernah ka Rozita bersederhana?

Setiap kali muncul di khalayak ramai, pelakon Rozita Che Wan selalu tampil dengan imej solekan mapan. Pernah ke Rozita bersederhana? Maksudnya muncul di depan orang ramai tanpa solekan tebal ataupun hanya santai berpakaian.
Ada peminat yang mahu lihat bagaimana agaknya gaya Rozita kalau bersederhana. Artis lain kalau hadir sesi fotografi ataupun pulang daripada acara glamor akan menukar pakaian dan pulang dengan santai. Tapi Rozita akan tetap tampil glamor walaupun semasa pulang ke rumah.

"Pernah ke you lihat Rozita bersederhana? Bagaimana agaknya kalau dia tampil dengan gaya santai? Saya ingin juga nak lihat," tanya seorang kawan yang juga ada tempias sikit dengan dunia seni.

Bukan apa... sebab baru-baru ini dia ada terserempak dengan Rozita yang mahu pulang daripada sebuah majlis yang turut dia hadiri. Rakan itu hadir ke majlis tersebut dengan seorang teman artis. Bila lihat Rozita mahu pulang dengan gaya yang sarat hiasan dan baju bergemerlapan, dia ada tanya Rozita sama ada pelakon itu ada acara lain selepas ini.
"Tapi dia kata mahu pulang ke rumah. Saya ingatkan dia nak pergi undangan lain selepas itu, rupa-rupanya dia mahu pulang ke rumah. Kebetulan dalam majlis itu ada artis lain juga yang sempat menukar pakaian sebelum pulang," kata kawan itu. Dia bukan mengumpat sebaliknya bertanya secara jujur. Jangan salah anggap pula.
Agaknya Rozita tak selesa menukar pakaian di dalam bilik persalinan atau di belakang pentas, sebaliknya lebih selesa melakukannya di rumah. Ataupun dia jenis yang cerewet semasa membersih solekan, sebab itu mahu melakukan segala-galanya di rumah. Setiap orang ada cara yang tersendiri.
Kerana jarang kelihatan bersederhana, ada yang bertanya, bagaimana agaknya penampilan Rozita semasa keluar rumah membuang sampah. Adakah dia bersolek dahulu takut-takut ada orang lalu depan rumah. Malah semasa menghadiri majlis sukan sekolah anaknya pun ada yang cakap Rozita tetap muncul dengan solekan lengkap. Tak tahulah kita.
Tapi elok jugalah kalau dia bersolek sebab di sekolah itu pasti ada peminat yang mahu bergambar dengannya. Kalau tak bersolek karang ada pula yang kata Rozita tak pandai jaga penampilan. Lain cerita pula yang jadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...