Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts
Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts

01 January 2011

Kenapa Khairul Fahmi dikenali sebagai VJ Daniel di Indonesia

Indonesia nih macam2 lar....mula2 kutuk Malaysia main pkai laser....pastu bila dah kalah cakap kita guna warganegara diorg utk main dgn Malaysia...yg nih korang leh tanya pakcik Google sendiri....tp Malaysia bkn macam Indonesia...walaupun penduduk kita nih lebih kurang 30 juta berbanding dgn diorg tapi kita bukan jenis desperate utk mengambil pemain import dan anugerahkan diorg dgn warganegara seperti Gonzalez dari Uruguay dan Irfan.....tp last2 kena baham gak ngan Harimau Malaya.....tuh sbb diorg x leh terima kekalahan....dan lepas tuh terus godam a.k.a hack website yang bertapak di Malaysia.......

Sembang punya sembang sampai aku lupa tajuk kat atas, naper Khairul Fahmi dikenali dgn VJ Daniel.....tgk kat bawah klu nak tau



Yang kat atas nih original Khairul Fahmi




Yg nih plak VJ Daniel yang ada kat Indonesia

So, maksudnya...muka depa dua orang nih ala2 nk sama....itu jer sebabnya.....

Pengakuan peminat Indonesia mengenai kehebatan Khairul Fahmi

Jom kita usya....mana lebih hebat....Timnas Indonesia atau Timnas Malaysia lebih hebat atau lebih spesifik Goalkeeper mana lebih handal.....Markus @ Khairul Fahmi



Markus VS Khairul Fahmi



Inilah kata-kata dari peminat Indonesia mengenai Khairul Fahmi...............





Rata2 peminat Indonesia telah memilih Khairul Fahmi berbanding Markus......klu korang nk baca atau nk tgk lebih lanjut....boleh p kat website nih

http://www.kaskus.us/showthread.php?t=6455498&page=2

30 December 2010

Khairul Fahmi ke-5 tertinggi di rangkaian Twitter

KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan ''Support Timnas'', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan ''keseksian'' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.
Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.
Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.
Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.
"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta ''tweeters'', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai ''friends'' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA

Statistik Keyword Carian :"Khairul Fahmi Che Mat"

Giler babas tul....baru menang Piala Suzuki....nama Khairul Fahmi dah bergelora dlm Twitter...dalam Facebook mahupun Blog.....mmg dasyhat penangan mamat nih....tp mmg aku tabik spring kat dia sbb performance mantap time final, x kisah lar Final First Leg @ Second Leg...tp x dinafikan juga kehebatan pertahanan Malaysia melawan asakan IndonesiaL.....(ehh salah lak Indonesia).....hahahha

Tgk kat bawah statistik carian nama mamat nih.....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...