Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

01 January 2011

AL- Fatihah buat Faizal Yusop

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.



Saper2 yang x kenal Faizal Yusop nih alaaaa......allahyarham adalah bekas suami Nordiana yg selalu nyanyi dgn arwah Achik Spin....muda lagik dia nih....isk isk isk.....Al-Fatihah jer lar.....


31 December 2010

Jambatan Terpanjang Didunia Akhirnya Siap Selepas 4 tahun

THE world's longest bridge has finally been finished — after four years of work.

It links Qingdao city in eastern China's Shandong province with the Huangdao district and is a staggering 26.4 miles long – 174 TIMES the length of London's Tower Bridge over the Thames.

Two separate teams have been building the different ends of the Qingdao Haiwan Bridge since 2006.
The crossing links three coastal towns in Shandong province.

One engineer said of the bridge's completion: "The computer models and calculations are all very well but you can't really relax until the two sides are bolted together.

"Even a few centimetres out would have been a disaster."

The previous holder of the world's longest bridge title was the Lake Pontchartrain Causeway in southern Louisiana in the US.

It features two bridges running side by side and is 23.87 miles (38.42km) long.


17 December 2010

Pemenang Biggest Loser Asia

Raj dari Singapura, memenangi hadiah utama bernilai 100,000usd dalam rancangan realiti popular The Biggest Loser Asia.

Sepanjang musim kedua rancangan ini Raj berjaya menurunkan berat badan sebanyak 67 kilogram mengatasi dua pencabar terdekat.



Raj, 144kg, sebelum rancangan bermula:



selepas rancangan, turun 67 kilo:



Nai, 137kg dari thailand:



selepas rancangan:



Genghis, 167kg dari philippines:



selepas rancangan:

AWAS - Penggemar Kicap Cap Kipas Udang


Sekadar Gambar Hiasan

yang merah ni manis.. pergghh cicah ngan cili padi yam yam.... sedap beb..
berita dari kosmo

Kicap Cap Kipas Udang tiruan
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.

Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.

Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.

"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.



GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.




ANGGOTA penguatkuasa KPDNKK memunggah kicap tiruan cap kipas udang yang dirampas di sebuah kedai borong hasil aduan orang ramai di Seremban, semalam.

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengesan kicap tiruan jenama Cap Kipas Udang yang dijual secara berleluasa di pasaran, terutama di kedai runcit di negeri ini.

Difahamkan, kicap tiruan itu yang kelihatan hampir sama dengan produk asli turut dikesan dijual di kedai runcit di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pahang sejak tiga bulan lalu.
Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Mohd Nor Musa, berkata pihaknya menerima laporan pengeluar sebenar kicap berkenaan, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd (ZFISB) yang berpangkalan di Johor Bahru dan membuat serbuan di sebuah kedai borong di Jalan Tuanku Antah di sini, jam 1 petang semalam.
“Kita merampas 3,360 botol kicap terbabit yang dianggarkan bernilai RM9,100 dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972," katanya selepas serbuan itu di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, pihaknya percaya pemborong membeli kicap itu dengan harga lebih murah dan menjualnya kepada peruncit dengan harga sama seperti kicap asli untuk mendapatkan keuntungan lebih.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat lanjut penjualan kicap tiruan itu termasuk mengesan pembekalnya serta kilang tempat ia dihasilkan untuk tindakan lanjut.

Mohd Nor berkata, pihaknya juga akan menjalankan ujian kimia bagi mengetahui kandungan kicap tiruan itu termasuk sama ada ia berbahaya untuk kesihatan.
Sementara itu, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran ZFISB, Hasnah Abdul Rahman, berkata pihaknya tidak menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan kicap tiruan.

“Kicap asli kita dijamin halal dan selamat kerana menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat, manakala kicap tiruan itu pula tidak diketahui kaedah penghasilannya dan kesannya kepada kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hasnah berkata, walaupun mengesan penjualan kicap tiruan itu sejak tiga bulan lalu, rampasan di Seremban semalam adalah yang pertama dan pihaknya kini bekerjasama dengan kementerian berkenaan untuk membuat lebih banyak serbuan.

Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti kicap tiruan adalah penutup lubang bagi penutup plastiknya berlubang, manakala penutup bagi kicap asli itu sebaliknya.

13 December 2010

Hacker seksi diancam pnjra slma 40 tahun



Siapa pun yang berfikir di balik keindahan dan otak cerdas, Kristina Svechinskaya untuk jdi dalang kecurian wang bernilai US $ 35 juta dari akaun bank di Amerika Syarikat. M0dus operandinya, dengan menggunakan virus komputer.

beliau menerima glrn'hacker terseksi dunia'. Dia bahkan disamakan dengan mata yang indah, Anna Chapman, yg telah menggemparkan dunia. Selain itu, kedua-dua wanita ini sama berasal dari Rusia.

Gadis 21 tahun ketika sedang diadakan di New York. Svechinskaya dgn virusnya memanfaatkan 'Zeus Trojan dan malware yang lain untuk merampas komputer orang lain.

Kemudian, secara rahsia,kaki hacker untuk memantau aktiviti komputer mencuri nombor akaun bank dan password. Dengan modal itu, mereka kemudian mengambil wang berjuta-juta dolar dari akaun mangsa.

Svechinskaya juga bertindak sebagai perantara yang mendapatkan yuran sebanyak 10 peratus daripada wang yang dicuri akan dipindahkan oleh hacker lain.

Svechinskaya mempunyai sekurang-kurangnya lima akaun atas nama sendiri dan beberapa alias, di antaranya Anastasia Opokina dan Svetlana Makarova.

Sekarang, cantik dan seksi 40 tahun ini dihukum dalam sel sejuk untuk kes rompakan bank dan konspirasi untuk menggunakan pasport palsu.

Manhattan, Preet Bharara, mendedahkan era digital membawa serta banyak manfaat, tetapi juga banyak cabaran untuk penguatkuasaan undang-undang dan institusi kewangan.

"Penangkapan ini menunjukkan, pemutus bank moden tidak lagi memerlukan senjata, masker, atau kereta untuk melarikan diri seperti rompakan konvensional."

"Ini hanya memerlukan Internet dan kecerdikan, hanya dalam sekelip mata dengan cara meng-klik mouse," katanya. (VIVAnews)

12 December 2010

Kapal kontena terbesar di dunia

11 December 2010

Website paling hodoh di dunia

Huhuhu....panazzzzz.....bkn panas sbb air-cond xdak...panas sbb website mmg hampeh.....aku x tau lar sapa punyer.....tp tadik aku lepak kat forum biasa aku Carigold.com.....aku ader jumpa satu thread psl website paling hodoh. Sapa kata website nih cun mmg buta gambar lar....hahaha

nih link web tuh


http://yvettesbridalformal.com/index.htm

09 December 2010

Nazri says Namewee ‘grossly misunderstood’

KUALA LUMPUR, Dec 9 — Datuk Seri Nazri Aziz appealed to Malaysians against condemning rapper Wee Meng Chee, or Namewee over his videos which have touched on on-going social issues, most notably the controversy surrounding Johor principal Siti Inshah Mansor.
Namewee (picture) had allegedly produced a music video containing racial slurs which were directed towards the said school principal, who has been accused of inciting racial remarks herself during an official school function some months back.
His video had resulted in huge controversy where several Malay rights groups including Perkasa had demanded that he be charged for sedition.
“I think this young man, Namewee has been grossly misunderstood, and misrepresented by the mainstream media. I do not think Namewee intended or wants to get involved in politics, we should not be dragging him to something he does not want to get involved on,” the Minister in the Prime Minister’s department told reporters today.
“He is young. If he does something wrong don’t just jump the gun and come to your own conclusion from what other people say,” Nazri said.
Namewee came to Parliament earlier today to meet Nazri to explain about his new 1 Malaysia film project, titled Nasi Lemak 2.0, as well as difficulties in obtaining government grants to fund the project.
“I am a patriotic Malaysian. I have always shown my love for my country through many of my online youtube videos and I even made a special DVD documentary called ‘I want to go home’...sadly no one knows this because the mainstream media always chooses to highlight my
controversial videos, and made me into something which I am not, like a hantu (ghost),” said Namewee.
Nazri reiterated his stand that no actions would be taken against Namewee, despite pressure from several Barisan Nasional (BN) MPs demanding that Namewee be punished just like how Siti Inshah was punished.
“The law is the law, it is quite clear. The only person that can take action against him is the principal herself, under the existing Communication Act. It is up to her, but till today the teacher has not taken any action. If the teacher does not want to take action, what right does any other party have?” said Nazri.
The DAP has demanded that the government slap criminal charges on Siti Inshah for citing “racial unrest” with her statements against the Indian and Chinese communities in August.
Several DAP elected representatives, led by party adviser Lim Kit Siang had sent a memorandum addressed to Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin in Parliament on December 1, calling on the government to stop dithering on the issue and to take immediate action against the school principal.
The August 12 incident had sparked off an uproar in public and the Najib Administration came under fire when it failed to take speedy action against the school principal.

06 December 2010

Kucing Gemok Jadi Popular di Internet

FLORENCE, Itali - Seekor kucing betina seberat enam kilogram menjadi sensasi di Internet setelah pemiliknya, Chiara Bagnoli, 28, memuat naik gambar kucing itu di laman web peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.

Chiara memberitahu, kucing gemuk bernama Giuly yang berusia lima tahun itu mendapat perhatian pelayar Internet dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Kucing yang dibeli di sebuah kedai haiwan itu tidak kuat meragam.


Kucing itu sentiasa mengekori ke mana sahaja Chiara pergi seperti tabiat seekor anjing.

"Ia agak suka bermain tetapi sangat pemalas. Ia suka bersiar-siar dan memeluk pokok," kata Chiara. - Agensi

Demo air: Polis tembak gas pemedih mata


Gambar2 lain di bawah.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ketika penyokong baju merah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

selangor water demo - water cannonsMereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan dan berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air di hadapan stesen lama KTM.

Manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

selangor water demo crowdDifahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sebelum itu, Khalid membaca kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kemudiannya, penyelaras perhimpunan tersebut, Badrul Amin memberitahu yang menteri besar Selangor itu akan diiringi polis ke Istana Negara.

Khalid kemudiannya menyerahkan memorandum serta 150,000 tandatangan kepada wakil Istana Negara. Menurut exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, pihak polis tidak membenarkan mereka mengambil gambar.

selangor water demo crowdPada kira-kira jam 2.45 petang, polis mengarahkan kira-kira 2,000 penyokong baju merah yang masih berhimpun di Masjid Negara supaya bersurai.

Apabila mereka tidak bergerak, kira-kira 300 anggota polis bergerak ke arah masjid untuk menyuraikan mereka.
Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.

Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Angka itu bertambah sehingga 7,000 orang sebelum berselerak sedikit demi sedikit apabila disembur meriam air dan gas pemedih mata bertalu-talu.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

selangor protest against syabas 20101205 student banner 02Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Kumpulan berbaju merah itu mula bersurai kira-kira 3.30 petang tadi setelah diberikan jaminan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh bahawa semua yagn ditahan akan dibebaskan.

"Saya berjanji tidak ada sesiapa yang ditangkap sekiranya tuan-tuan beredar secara sukarela dan aman," katanya melalui pembesar suara milik kumpulan baju merah.

Dr Zulkefly dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut memainkan peranan menenangkan dan menyuraikan peserta perhimpunan itu.

------

MB S'gor: Polis tak tunai janji, saya kesal

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

selangor water demo crowd Khalid ibrahim baca kandungan memo“Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat,” kata menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

“Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.

Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.

suhakamSementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.

"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.


-- Malaysiakini









Tasik ‘darah’ ditemui di Sumatera Selatan



sumatera selatan - Merah bak darah! Itulah warna permukaan sebuah tasik seluas enam hektar yang ditemui sekumpulan penduduk tempatan dan peminat paranormal di Pagar Alam di sini, lapor akhbar Kompas semalam.

"Kami bersama rombongan 21 orang melakukan ekspedisi di kawasan Rimbacandi dengan menyusuri tebing, hutan, dan bukit bukau selama dua hari untuk sampai ke lokasi tasik merah itu," kata Asmidi, seorang penduduk tempatan.

Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.

"Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan," kata Asmidi.

Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya. - Agensi

Jom tengok bilik Hacker

Scammer dan keypad.... teknik baru klon kad ATM

Satu lagi teknik yang dilakukan oleh penjenayah dengan sistem skimmer di ATM.

copy salinan magnetik pada card ATM.

nombor pin akan di intip oleh penjenayah.

Bila sudah dapat nombor pin dan salinan dari card ATM,

bakinya hanya perlu buat kad duplikat dari ATM.

Dan penutupnya hanya perlu mencuri wang si pemilik card ATM.

Teknik baru tidak lagi perlu mengunakan camera pengintip untuk mencatat nombor pin rahsia pemilik ATM.

Tetapi penjenayah mengunakan keypad untuk merakam nombor pin pemiliknya.


Remaja di belasah separuh mati..MADE IN MALAYSIA.

Aku amik kat youtube video ni,korang berhak komen pe saje tentang video ni.Jangan tanya aku apa kes..aku tiada di tempat kejadian. Yang lain no comment.....

05 December 2010

Blog Pilihan Terbaik 2010

Sambil berjalan2 di alam maya nih, aku terlihat beberapa blog yang memaparkan blog-blog terbaik so aku pun singgah satu-satu blog tuh dan ternyata mmg terbaik lar.....huhuhu
Blog aper yg terbaik....korang leh usya kat blog mamat n minah yang dipilih...aku akan update dari masa ke semasa...klu rajin lar.....jemput2 bg komen lar.....baru tau betul ker idak piihan aku nih....



Blog Personal Lelaki Pilihan – ZackZukhairi





Comment : Sebab blog beliau lain daripada yang lain , Memaparkan kisah percintaan dalam bentuk lukisan/komik. Hanya certain manusia jer boleh sketch dan olahkan cerita dalam bentuk komik/lukisan. So dari situ Zack telah memapark suatu kelainan yang mungkin jugak orang lain ada buat tapi olahan ceritanya berbeza dari segi lenggok bahasa. Good job bro! Teruskan berblogging
 

Blog Personal Wanita Pilihan – IrineNadia



Comment : Aku tengok Irine ini ada style dalam penulisannya , humble dan mempunyai cara olahan yang menarik. Gambar-gambar yang mempunyai kualiti yang baik juga membuatkan aku suka tengok gambar-gambarnya. Warna olahan menarik bagi aku kerana Pink + hitam = girly dan funky style. Teruskan berblogging ok irine!

Blog Tutorial Pilihan – MariBinaBlog

Comment : Blog ini adalah blog terbaik bagi aku, Dulunya aku tak reti main dengan coding and now aku dah reti dan ini semuanya kerana blog ini. Cara penyampaian untuk setiap tutorial dia memang superb dan mudah difahami. Anda bayangkanlah aku yang daripada dummies boleh buat tutorial untuk orang lain pulak. haaa . Thumbs Up Bro nescafe! GoGo untuk 2011

Blog Personal Suami Pilihan – Eyriqazz

Comment : Aku suka tengok blog ini sebab blog ini suka update entry! Yah setiap beberapa jam pasti ada Entry baru. Aku pun suka sharing something dengan Owner blog ini coz serious Eyriqazz adalah seorang yang agak humble dan tak kesah menerima pandangan orang yang lebih muda daripada dia. Seorang yang sangat rajin dan aku rasa dia bakal menjadi top blogger suatu hari nanti kerana kerajinan dia. – Good luck bro


Blog Personal Isteri Pilihan – NadiaBayu


Comment : Cik Nadia ini banyak kongsikan cerita dan gambar dan macam-macam lagi yang membuatkan aku suka tengok blog dia ini. Beliau suka jugak travel dan ceritakan panjang lebar kat blog dia. So dari situ aku boleh tau sikit tempat-tempat best untuk aku terjah nanti hahaha. Anyway cara penyusunan ayat memang funky dan stylo kadang-kadang. Papepon good luck untuk menjadi blogger yang lebih hebat ok !

Blog Santai Bantai Pilihan – Media Siber

 


Comment : Aku rasa memang best kalau namakan Blog santai bantai. Blog ini sebenarnya baru jer bukak beberapa bulan lepas oleh bro Syah. Blog paling cepat naik setakat ini aku tengok. Papepon aku harap kau kongsikan benda-benda yang lebih menarik ok and selamat belajar bro

04 December 2010

Penyeri di Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Ada lar gambar sikit2 penyeri-penyeri di KLIMS 2010 nih...boleh lar layan sikit....

p/s comment sama ekk...sbb shoutbox aku xder saper2 pun komen....huk huk huk












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...