02 December 2010

Proton Pahlawan Series : Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir & Lekiu



Proton Tuah atau lebih dikenali sebagai "next generation Persona"....aku agak terkezut jugak bila tgk proton mampu design kereta concept seperti Tuah....malah berbangga tapi mungkin hanya mampu melihat saja.  Harganya pun mungkin akan mencecah ratusan ribu ringgit....ratusan ribu!! Kalau berpuluh-puluh ribu, boleh lah sambar satu....hehehehe




Ini pula Jebat yang telah diubahsuai daripada Inspira a.k.a Lancer, mungkin tak banyak pengubahsuaian yang berlaku kerana ciri-ciri Mitsubishi Lancer masih terdapat dlm Jebat. Tapi, mmg aku tabik spring lar klu kereta nih keluar tahun depan.



Proton Kasturi - facelift Saga BLM yg dilancarkan di Thailand 3 hari lepas



Proton Lekir - ini adalah Lotus Europa yang dilencanakan semula sebagai Proton Lekir


Proton Lekiu - sebuah mpv yang dibina untuk pelanggan Proton dari China iaitu Youngman.


So, kita dah tgk kereta-kereta konsep yang bernamakan pahlawan-pahlawan Melaka, tapi adakah hargannya mampu milik atau sekadar mampu melihat....sama-sama lah kita predict.....apa kata anda plak????

26 November 2010

Wang kertas RM20.00 UNC 1986 Jaffar Hussein

Duit 20 Ringgit Tahun 1986, tandatangan Gabenor Dato' Jaffar Hussein.
Dicetak oleh Syarikat Thomas De La Rue & Co.Ltd, England.

Duit ini tiada lagi di dalam edaran.

Gred: UNC (Uncirculated)


Saya ingat nak jual jer duit nih, so kepada yang berminat boleh hubungi saya, duit mmg RARE item...so grab it fast !!!

03 December 2009

Aku seorang lelaki, papa kepada Muhammad Adam Haiqal dan suami kepada Masnirawati Bt Abd Rashid. Bekerja makan gaji dengan gomen (bukan pembawa beca tau).  Sebenarnya teringin nak jadi cam blogger2 lain tp cam susah jer....tgk depa wat blog senang jer...boleh buat blog sambil mkn kacang...aku wat blog sampai ke Subuh pun blm tentu siap...huhuhu

Sebenarnya, x ada apa pun nk diperkatakan pasal aku....cuma saja nk bertukar2 link and add more friend jer......Layannnnnn...



Created by : abangbeca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...